Monday, January 4, 2010

Suatu Hari..

Suatu hari,
benar ku kata,
ku sepi, tidak mahu membuang masa mencari,
Hari hari aku sering sesat.

Suatu hari aku memikirkan,
adakah wujud pasangan untuk aku,
ku tergelak kerana ku rasa lucu,
kerana ku sering rasakan itu tidak akan wujud,
hanya lah satu hari itu aja ku memikirkan...

Suatu hari aku jumpa kau,
Aku tak tipu memang aku keliru,
tapi kau hebat, dapat mengubah kan ketawa sinis ku,
satu hari itu juga aku tersenyum.

Tapi kini hari hari menjadi semakin suram,
Aku hari hari ketakutan,
Dapat kah kau merasakan?
Aku rindu akan satu hari itu.

Satu hari, aku berjanji,
Hari hari yang suram itu akan ku ubah,
Kerana sayang akan hari itu,

Jadi pada suatu hari...seharian ku menangis...

Mencari kesilapan...diri...